Thursday, December 31, 2009

Nak sambut Tahun Baru??

Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?



Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.









Sekian



Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net

Saturday, December 26, 2009

Bengang Tak??

When u purchased online

Then the seller sent an invoice to your email

You paid as per invoice sent

And later, the seller SMS telling that the price quote is a mistake???

After the payment have been made!!!!

Aduiiiii.... it's only RM4 difference

Since the mistake done by your side, borne it lah!

Takkan me kene susah payah nak kene pi transfer pulak???

Grrrr!!!!

Thursday, December 17, 2009

Apa azam tahun baru???


(taken from: http://balaiislam1.blogspot.com/)





Noooo.... I am not saying this as 1 Jan 2010 is approaching us

But the Tahun Baru yang akan kita sambut esok!

So, aper azam anda semua??

Azam saya??

Tengah merangka2 lagik neh

Yang pasti saya cuba untuk hapuskan hutang credit card yang ade :(

And maybe a few weight loss + a flat tummy (gilak mimpi neh :P)

Dan berikrar untuk menjadi muslimah yang lebih baik samada dari segi hubungan sesama manusia mahupon dengan Dia

Mungkin ade a few things tgh evaluate untuk dimasukkan lam bajet 1431

Maybe holidays with family, a DSLR ke, a L-Shape sofa ker

Ermmmm but no more bags kot until me settle all the debts (Ya Allah, kuatkan hatiku)

Anda semua camne?

Saya akhiri dengan lirik nasyid yer :)



Satu Muharam detik permulaan

Perkiraan tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan umat Islam

Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan Iman yang teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu

Rela bekorban…harta dan nyawa

Demi Menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuagan

Hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah

Tingkat kan semangat, tegakkan Syiar Islam untuk sepanjang Zaman…

Wednesday, December 16, 2009

Happy Birthday Miss Little :)



This is a backdated event sebenarnya :)

Miss Little celebrated her 1st Birthday a day after Hari Raya Haji

saya nie jenis pemalas tak reti nak plan plan wat sambutan besar2an nie

takde fulus pon iyer gak :P

haha

so, hanya family celebration sahaja

adelah beli kek buat Sang Junior tiup (haha, memang dier jaga jek depan kek. tak kisah saper punya kek birthday..dia tetap tukang tiup lilin)

dan sedikit bahan bahan hiasan



yang sedihnya, this is the only food on the table yang saya sempat amik gambar before the kamera's battery went kaput :(

Tuesday, December 15, 2009

Musim Makan Nasi Minyak....

betol tak???

saya pong keletihan neh sebab mendapat biras yang baru :)

tapi penatnya yaaa ampunnn!!!

maklomlah sebagai hantu menantu sulong, tepaksalah menolong apa yang patut

pehtu, anak anak pulak buat hal masa majlis sebab tak cukop tidor dan tempat nak tido pong cuma tangkap muat mana ade tempat yang kosong

imagine lah sendirik yer

my FIL punya adik beradik seramai 8 orang, same as my MIL

blom campor mbah & kakik dari dua belah pihak

plus anak memasing lagi

keluarga nuklues kami lagi

masa tuh dari anjung umah sampailah ke beranda dapur penoh ngan bentangan toto

sampai ke sink dapor pong berebut

memang sesak!!!

blom pikir time nak mandi pulak lagi

yang kecik2 start mandi malam dari pukol 5 petang

and believe me...by 10 pm adelah masih beratur untuk dapatkan giliran mandi

haha

it was fun...really!!! masa diingat balik

tapi at that time memang hazab!!

owh, ini mukan jenis kenduri bercatering yer tuan puan

ini adelah kenduri rewang jawa style punya

memang fenin dok konpius this bibik and this paman from which side

tu lom campor anak2 dowang lagi yang lagik fenin nak padankan siapalah emak eh

apetah lagi yang dah bercucu sumer

hehe

this is a big shock gak for me since my own parents only have 3 siblings ajer :)

owh on the other note

biasalah, kalau kenduri kawen sure pakai inai kan

me and Miss Little pon merasa berinai :D



pehtu ade gak orang lain yang merengek nak pakai inai gak

sebbaik Mr John punya mood yang sangat baik untuk melayan rengekan tersebut

maka merasalah orang itu dengan inainya di tangan :)


Tuesday, December 1, 2009

LV Most Expensive Bag!!!


The price??? USD150K

The look????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Nope, ini bukan kisah tipu yer adik kakak

Ini adelah kisah benar

Tidak! Gambar bag diatas tidak disuperimpose

Bukan seperti gambarajah dibawah yang disuperimpose :P walaupon empunya badan yang menjadik mangsa superimpose itu adelah pemuja bag LV tersohor di Malaysia




Ianya adelah benar, nyata dan antara bag termahal di dunia

So, ade berani???

Monday, November 30, 2009

Nak kawen lagik sekali...

bila saya tengok pelamin ini

wah, cantiknya!!!!!

Friday, November 27, 2009

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aildiladha

Ucapan saya untuk semua pembaca :)

So, apa makanan yang akan terhidang di meja masing2 besok??

Kalau kat Kelantan, it is a tradition kat sana untuk hidangkan Singang Daging dan juga Daging Goreng or Bakar dicicah dengan budu dari daging korban yang fresh :)

Dan tak lupa gak perut lembu rebus cicah air asam, owh adelah sangat heaven :)

Tahun nie saya tak balik Pasir Mas sebab my whole family is in here

Dan rasanya saya re-cycle balik ajerlah resepi raya puasa nan lepas

Iaitu nasi himpit dimakan bersama ini




masak lodeh kegemaran saya :)

tapi saya tak suka makan kosong ajer

mesti kene ada sambal tumis udang sebagai penambah rasa :)




ke semua di atas adelah hasil masakan saya tau :D

saya masak sendiri sewaktu open house raya lepas

owh lagi satu, tambah best kalau ada ayam goreng rempah

tapi saya lupa nak snap gambar plak

ermmm tengah pikir neh, should i consume this??

since me tgh diet mode rite now. huhu

last week punya penurunan adelah sangat mengecewakan sebab byk langgar pantang :(

Wednesday, November 25, 2009

Spaghetti Bologneise Meatball :)

Orang lain bagi resepi spaghetti

Saya pong adelah agak mengelenyar nak letak jugak hasil airtangan saya yang tak seberapa ini :P

Okeh, bahan2 adelah seperti dalam gambar dibawah



ada spaghetti, spaghetti sos (saya suka guna leggo sbb pada saya preggo adelah agak masam), bawang putih, bawang besar kuning, minced meat and meatballs (kalau nk best guna brand marina, lam kotak kaler biru normally kat Giant ade jual)

cara2nya adelah:

1. tumis bawang lam minyak (kalau ade olive oil, guna. kalau tadak just guna minyak masak kelapa sawit pon ok gak)




2. Lupa lak nak cakap, sementara tuh boleh lah rebus spaghetti :)




3. Agak2 bawang tuh dah agak wangi baunya, boleh lah dimasukkan minced meat pulak :)




4. So, tunggu minced meat tuh kuar air dan agak kering. Maka boleh lah letak sos leggo tersebut. Pastu leh campak masuk the meatballs



5. Kemudian perasalah dengan garam, gula and ajinomoto. Kalau suka leh letak a dash of black pepper gak. Lagik mengancam kesedapannya! Amik spaghetti yang sudah lembut ituh, letak kuah and sedia untuk di ngap!!

Tuesday, November 24, 2009

Teman Saya Di Opis

adalah ini!!!!












comei tak???

Monday, November 23, 2009

Tunjuk Ajarku Sifu!

Entry ini adalah agak basi sebenarnya

Well, me dont think basi is the rite word

Gamaknya if in the real world siap bekulat or dah reput :P

Okeh, to make the story short

Air liur saya meleleh2 bila melihat entry di blog ini

So, tanpa berlengah saya pon berlari (erkk naik keta sebenarnya :P) ke kedai belakang untuk bahan2 masakan saya

Errr...tapi rasanya tak menjadi sangat kot Char Kuey Tiaw saya ini

Huhu

Apa pendapat kawan kawan?









p/s: tapi rasanya sedap tawwww :)

Friday, November 20, 2009

Makan Daun Kaduk




Esh, sana sini saya tengok orang dok letak gambar Mieng Kam neh kat lam blog

Ramai dok sakan memakannya sekarang nie

Rasanya memang sedap! Saya pon suka :)

Tapi saya taktaulah rasanya di restoran mahal camne

Dan berapa harganya di sana

Sebab normally Mieng Kam yang saya makan adelah dibeli yang sudah siap di pek

Kalau kat pasar Pasir Mas nun, reganya cuma RM1.50 ajer sebungkus

So kiranya lam bungkusan tuh dah siap ade lam 10-15 helai daun kaduk

Pastu, bahan² lain dibungkus lam plastik kecik²

Saper tak penah rasa silah, memang sedap!


Bahannya adelah seperti lam gamba


Ade cam kuah melekit yang manis, udang kering, kelapa bakar yang diricik halus, kacang goreng, halia, bawang, cili padi dan limau


Mr. John yang tidak memakan sayur yang tidak dimasak pon boleh telan ini daun :)

Wednesday, November 18, 2009

Halwa telinga di pagi hari :)




OK, hari nie saya nak berceloteh pasal channel radio apa yang anda dengar tetiap pagi untuk ke tempat kerja yer :)

Dulu dulu saya suka layan Era, tapi time dah lama lah nie

Masa tu saya minat Era sebab ade K&K



Memang best! Saya suka the duo sebab boleh wat kelakar sesama and buat saya gelak2 di pagi hari :)

Lepas Khairil ke Sinar FM, saya still setia dengan Era sebab suka kat Kieran punya cara :)

Kemudian bila Kieran dah pegi Hot FM, saya buntu nak pilih channel mana untuk didengar pada waktu pagi

Saya adelah cuba dengar Sinar FM sebab suka gak layan lagu lagu malar segar mereka :)



Tapi lama lama tuh rasa jemmm lak paler dok dengar Kak Engku tuh punya pitch suara. Esh esh esh..kut lelama mau pecah tingkap ketaku kang!

So, saya try dengar plak Hot Chat Hot FM pepagi bersama FBI and Fara Fauzana, best jugakkkk....terhibur gakle ngan keletah dowang.

Cuma saya kurang berkenan dengan sessi panggilan hangit yang mengenakan orang dengan mengatakan suami nak kahwin lagi. Ermmm pada saya issue neh sensitip lah untuk dibuat memain, and seriouslay I just couldn't understand what type of hubby that will prank his wife regarding this issue. Its not funny okeh!!!




So aper pilihan kengkawan yang lain :)

Owh arwah nenek saya dulu suka bukak radio dengar...err, saya tak ingat stesen mana tapi yang saya ingat juruhebahnya adelah bernama Preema :) An indian woman yang sangat fasih berbahasa Malaysia :)

p/s: Waktu petang??? Cuba teka saya layan station mana???

Tuesday, November 17, 2009

Inilah masa yang paling sesuai




































































untuk ganti puasa

hehehe

pasalnya



1. hari yang sentiasa mendung dan hujan, jadi kurang dahaga (but perot makin berkeriuttt time2 hujan neh :P)









2. waktu maghrib yang masuk sebelom pukol 7!!! Ketika entry ini ditulis, waktu maghrib di kawasan Shah Alam as per akhbar Metro adalah padal pukol 6.58 malam :)


Jommmm kengkawan yang belom ganti puasa, marilah kita berpakat reramai :)




p/s: all pixs are google :)

Monday, November 16, 2009

Tips untuk kurus :)


Hehehe ini peringatan untuk diri sendiri gak nie :)

1. Jangan Berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismasimpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garambermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan peng ambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. Kerap makan
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit ;daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Elakkan makan makanan ringan/ snek/ cekedis
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

A Message from BeautifulAbrahyn :)



"Salam babe...At the moment, i have to privatise my blog due to unexpected reason... I wish it could be just a temporary only... if u still want to be my reader, feel free to email me beautifulabrahyn@yahoo.com

Thanks:-D"

Friday, November 13, 2009

Kisah Nur Kasih

Ada tahu tak citer Nur Kasih??

Alah yang tgh hangat, hebat kat TV3 skrg nie

Dulu saya pernah buat entry pasal cerita ini

Ada opismate saya telah meluahkan kecewaannya

Dan sudah malas mau menengok cerita ini lagi

Selepas melihat perwatakan sebenar pelakon watak Nur diluar dunia lakonan

Ini antara gamba Tiz Zaqyah ketika tidak membawa watak Nur


















pandangan saya pulak? ermmm dia cuma menjayakan watak yang diberi sebaik mungkin, lebih baik kita doakan semoga dia mendapat hidayah dari watak yang dibawanya :)



pssssttttt ZAILA,

saya heart Remy Ishak time dier bad boy ginih :P





p/s: all pixs taken from beautifulnara.com

Thursday, November 12, 2009

Terima Kasih Kawan!

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada si dia ini kerana mempromote bag jualan saya yang dibeli dalam masa yang amat sinkat :)

Dan juga si dia ini kerna adelah sumber resepi pantai timur saya, terima kasih kerna bersusah payah mendapatkan resepi Gulai Ayam Berlauk yang tak jemu saya minta :P

Semestinya si dia ini yang sanggup mengSMS saya bertanya barangan apekah yg saya ingini setiap kali dia ke luar Malaysia :) (pssttt duit kain aku lom bayar)

dan tidak dilupakan, kepada semua kawan kawan lain yg sudi datang membaca dan menjengah dan meninggalkan komen untuk saya :)

Wednesday, November 11, 2009

Sekolah tinggi tapiii....


Saya ada baca pasal kes nie lam Harian Metro rasanya

Tapi dah terlupa seketika pasal nak mengomel about this :)

Pastu bila tgh bloghopping, saya terjumpa balik

So rasanya better I put this in blog untuk sesiapa yang tak tahu, baca & komen

Kesian betol saya rasa pada the parents

Mesti dia anggap, hantar anak belaja tinggi² akan menyenangkan dia di usia emas

Tapi akhirnya ini balasan anak pada ibu bapa dia???

Esh esh esh

Janganlah kita ini diuji sekian rupa :(


Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat



Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.



Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.

Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.



Tuesday, November 10, 2009

Boleh tolong saya tak???


Ok camni, sekarang nie saya tengah plan our family vacation next year

Selepas telek menelek dilakukan

Mr. John agak bersetuju untuk bawa anak-anak ke Hong Kong :)

Insya Allah kalau takde aral melintanglah

The reasong being sebab ade kawan kitaorg yg training kat sana, so atleast ade pandu arah dah

Cuma nak tanya kalau sesiapa yang pernah pegi ke sana

Either beli tix sendiri (paling murah AA bleh dapat lam range RM600 ke RM800 untuk return tix)

or just amik package from Cathay Pacific yang ini

Kawan kawan rasa camne??

Berbaloi ker rega Cathay Pacific nie???

Monday, November 9, 2009

In happier mode!!!!


Yeayyyy!!!!

Saya gumbira sangat hari ni

Nak tahu apsal?

Okeh yer meh saya start cerita dari awal

Bermula dari hari Isnin yang lalu, saya memulakan regime diet saya dengan bantuan Jus Mate 5 keluaran herba prima

anda semua pernah dengar atau tengok tak this produk??



Yang memula sekali berminat giler nk try this produk adelah Mr. John

So bila saya nampak dier bawak balik kotak merah pink ini

Saya pon tergerak hati sama lah nk menerainya since sejak hari raya nan lepas

Berat badan saya memang bagaikan dipam2 dengan acara makan tak berenti2

Huhuhu

So bermula Isnin yang lepas saya dengan penoh azam pon menerai

The verdict???

Day 1: 58.6kg

Day7: 56.4kg

Wahhhh syok gilerlah in 7 days saya turun 2 kg :D

Perut pon terasa kempis sikit tau

Tapi saya takde amik measurement pulak, since takde tali tape kat umah

My opismate, lelaki yang turut sama makan benda alah ini pon cakap dier turun 2 kg in a week and lost 2 cm in his waist area!!!

Walaupon makan Jus Mate 5 ini, selera makan pon kene kontrol lah jugak

So basically inilah menu saya setiap hari

Breakfast: Half portion of Nasi lemak/ Nasi kerabu/ Mihun goreng

Lunch: Jus Mate 5 (so dah tayah kuar duit for lunch :) counter balik dengan dduit kuar for Jus Mate 5)

Dinner: Steam fish/ dimsum/ chicken or vege soup/ mihun sup or soto

In between tuh disarankan makan sikit2 biskut ker or buahan untuk meningkatkan metabolisma badan

Yeayyyy!!! Saya suka sangat dan akan lebih ber motivasi lepas nie

Ade sesapa nak try tak? Boleh email saya kat jane_doe3328@yahoo.com kalau nk Jus Mate nie lower in retail price kat kedai.

Alah rega kengkawan, dan saya takkan syorkan kalau tak menjadi :)

Monday, November 2, 2009

Kindy Hunting

wah, dah lama sangat rasanya blog ini bersawang :P

sorry sebab saya sibuk sangat sampai (fuh, sumer bermula dengan huruf S) terlupa nak menjenguk blog terchenta ini

last week saya & hubby ade buat kindy hunting untuk sang Junior yang bakal berumur 4 tahun pada 2010 dan tetiap pagi melalak nak pi school

ermm...alang² dia dah beriya-iya nak sekolah, maka kami turutkan ajer

so, selepas ke sana ke mari, kami amik keputusan untuk menghantar dia ke sini



wah bila tengok fee structurenya, berpeluh ketiak jugaklah :P



Anak punya pasal, terpaksalah saya lupakan bajet untuk Gucci Sukey ku. Huhu :)

Tuesday, October 20, 2009

Rasanya bukan mengidam

Tetapi dah terclick

Dah tertengok

Dah tergodalah pulak :P

Mahal sangat rasanya

Tak worth lah pulak kan?

Esh esh esh

Rasa cam sayang lak duit


Cuba korang click kat sinih


Cantik kan?

Vadavoommm gituh

Tergoda tak???

Welcome Hari Malaysia!


(pic:sibintang.com)





KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.

"Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Monday, October 19, 2009

Jom Masak: Telor Bungkus




Memula panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu (saya suka guna bawang besar kaler kuning tuh)


p/s: harap maaf kuali berkerak, sebab tak jumpa berus dawai nak sental masa tuh :P



Lepas tuh masukkan minced meat, gaul² sampai air daging kuar





Bila daging dah separuh kering, masukkan mixed vege






Bila agak² daging dah makin garing, masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, garam, gula, ajinomoto ker secukup rasa





contoh isi telur bungkus yang telah siap






letakkan isi kat tengah² telur yang digoyang(?) nipis





TADA!!!! Dah siap untuk dimakan :)