Wednesday, November 11, 2009

Sekolah tinggi tapiii....


Saya ada baca pasal kes nie lam Harian Metro rasanya

Tapi dah terlupa seketika pasal nak mengomel about this :)

Pastu bila tgh bloghopping, saya terjumpa balik

So rasanya better I put this in blog untuk sesiapa yang tak tahu, baca & komen

Kesian betol saya rasa pada the parents

Mesti dia anggap, hantar anak belaja tinggi² akan menyenangkan dia di usia emas

Tapi akhirnya ini balasan anak pada ibu bapa dia???

Esh esh esh

Janganlah kita ini diuji sekian rupa :(


Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat



Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.



Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.

Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.



10 comments:

Unknown said...

Mintak jauh menda camni..Semoga kita jadii anak yang baik

Yaya said...

Astaga!!! Bertuah punya anak!!

Ella said...

ada juga manusia macam ni, org melayu kita plak tu.
nauzubillah.

mintak dijauhkan dr keluarga kita.

abrahyn said...

tak sedar di untung punye anak!

Zaila Mohamad said...

itulah kan..Zaila dulu ada terbaca kisah diorang ni..baguslah mahkamah juga berpihak pada parent mereka, kalo tak berpihak juga..dunia dah akhir zaman kot..
zaila walaupon xbole nk bg duit kat mak ayah bulan2 tapi sentiasa doakan kesihatan & kesejahteraan mereka berdua..itu sahaja yg mampu nak balas buat masa skrg ni..huhuhuhu..emosilah plak!!

jane_doe3328 said...

~0~, yup mintak2 dijuahkan :)

Yaya, ituler pasal

Ella, sebabtu gamaknya ade org penah cakap, jgn pindahkan harta kat anak2 masa kita hidup sbb takut jadik camnilah

haidah, siyankan the parents

zaila, itulah sebaik2 doa dari anak :)

Syima Syaz said...

saya pun ada baca gak ni masa mula2 dulu.mmg rasa marah btl la.gaji tinggi tp buat mak ayah mcm tuh.ini yg kita nampak...yg kita tak nampak?rasa nye mcm dlm drama pondok buruk tuh semua tuh mmg btl2 jadi kan.hmm....marah mcm mane kat mak ayah pun,dtg 1 part...mesti ada perasaan tak sampai hati.
insaf lah wahai raja suzana oii..korang tuh pn ada anak!

jane_doe3328 said...

syima, itulah. tak tergamak rasanya nak buat mak pak sendiri camtuh

Gorgeous H said...

nauzubillahminzalik..mintak dijauhkan dari keluarga kita perkara mcm nih..

Anonymous said...

Ya, mungkin kerana itu