Monday, July 20, 2009

Berkejaran ke Hospital Putrajaya Againnn....

(pic google: gemuroh.blogspot.com)


Sekali lagi kami sekeluarga berkejaran ke siniiiii

Puncanya? My MIL yang datang dari kampung untuk ke kenduri (sila rujuk last entry) telah diserang strok di rumah kami

Owhhh.... you should see how panic Mr John was. I am the only one who shouted at all times, "Bawak pegi hospital! Bawak pegi hospital"

This is second time MIL got stroke attack. Alhamdulilah sebbaik cepat hantar dia ke hospital

The CT Scan showed there is blood clot (darah beku) already and normally people not survive for second attack. Alhamdulillah again!


Lets we learna few things about strok yer. Atleast we gain knowledge sikit :)






Apakah Yang Menyebabkan Strok?

Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:




Gumpalan darah: Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah.
  1. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
  2. Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
  3. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.

Jenis strok utama yang kedua adalah strok berdarah, di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:



Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.
  1. Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri.
  2. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.

Sumber: www.nasam.org (sebuah organisasi NGO for strok di Malaysia)


4 comments:

abrahyn said...

ya Allah...suspennyer...kalao i pun sure dah terkedu tak tau nak wat pe...lucky u bertindak pantas...syukur your MIL takde ape2...i pray for her, amin...

jane_doe3328 said...

Haida, thanks. Sebbaik dier OK. Kiranya lepas masa lam ward, dier dah cam biasa - boleh cakap, bgn gi bilik air sendiri. cumanya doktor still nak teruskan a few more test and nak buat fisioterapi :)

Thanks for ur pray dear :)

KV said...

alhamdulillah..moga cepat sembuh.

Gemuroh said...

good info.. nice picture