Friday, July 24, 2009

Rezeki Ada Dimana mana



Ingat tak entry berkenaan handphone casing dulu? Alaaa..yang saya tolong belikan untuk Sha MsLVoe. Setelah membid dan menunggu dalam 2 weeks camtu. I got this email from the seller


Seller: 3rd July 2009

Dear jane_doe3328,

Could you pls confirm if you received the item which we sent on 24th/JUN? If so ,could you pls give us your positive feedback ? Thanks.



Me: 3rd July 2009

Dear seller,

No, I have not receive the items yet.


Seller: 6th July 2009

Dear jane_doe3328,

We are so sorry to hear that and thank for your kind patience.
We really sent the item to youo on 19th/JUN .but we guess it lost on the way of the post or there is some problem with your address .
We are glad to send you replacement ,but we just checked that the items are out of stock now .
We will refund you asap. pls buy it from other seller .We can lost money but we really don't want to waste your time .Hope your kind understanding .Pls forward your paypal email. Thanks in advance .



Me: 6th July 2009

jane_doe3328@yahoo.com


Paypal: 7th July 2009

Hello jane_doe3328,

You received a full or partial refund of $9.99 USD from 黄斌.

To see all the transaction details, please log into your PayPal account. It may take a few moments for this transaction to appear in your account.




Saya sangat sangat kagum dengan kejujuran seller itu dalam berbisnes. Sedangkan seller tersebut adalah dari Hong Kong dan merupakan seorang chinese. Kalau dia buat diam pon, apa yang saya mampu buat hanya meninggalkan feedback negative sahaja (beserta sedikit sumpah seranah :P)

Sebab itu saya merasa agak sedih apabila ada seller yang beragama Islam tetapi tidak jujur dalam berniaga. Ada yang terlalu berkira apabila hendak menolong peniaga yang lain.

Kenapa bila anda menjual barangan immitation, anda menipu dengan mengatakan barangan tersebut genuine?

Kenapa perlu meletakkan barangan adalah Like New jika barangan tersebut sudah punya kotoran di dalamnya? The leather sudah chirping out? The brass hardware sudah berkarat karat?

Kenapa perlu marah marah apabila ada orang meninggalkan link jualannya di shoutbox anda? Hanya kerna anda jua meniaga tapi tidak membuat taktik marketing begitu, anda marah marah kepada peniaga lain yang punya taktik perniagaan sedemikian? Kenapa? Adekah anda takut buyer anda akan melarikan diri?



Wahai penjual-penjual di atas, pikirkanlah keberkatan rezeki yang ada terima.

Rezeki bukan datang dari bentuk wang ringgit sahaja!

Suami yang penyayang, keluarga yang bahagia, anak anak yang soleh dan solehah, kesihatan yang baik, kawan kawan yang selalu membantu juga adalah rezeki dari Allah untuk kita sebagai umatNya


Dunia Allah ini luas untuk kita terokai dan berkongsi rezeki bersama-sama. Apa salahnya jika kita sesama Melayu dan Islam ini sama-sama menolong satu sama lain?

Jika kita buka satu pintu rezeki kepada orang lain, Allah akan membuka pintu yang lebih luas lagi untuk kita.


Setiap orang telah termaktub rezeki masing masing ke atasnya! Jangan terlalu mendengki dengan rezeki orang lain dan jangan terlalu berkira dengan rezeki sendiri

Dalam hidup ini, jangan terlalu fikirkan wang!

Berniaga itu satu ibadat! Kerja juga satu ibadat!









6 comments:

abrahyn said...

fuuuhhhhyyyoooo.....bravo! bravo! chaiyok!...chaiyok! itu dia bila jane sudah bersuara....

i sangat sokong with your statement!!! depa ni kdg2 tak pikir keberkatan...tapi pikir untung & tekak sendiri jek...

pastu, sesuka ati nak marah2 kat orang kan kan kan...

p/s : i doakan kita dilindungi dari sifat2 yang macam tuh...amin!

mslvoe said...

i feel u babe!

if ckp awal2 jual immi i dont mind. nie dh beli lepas tu baru ckp immi, tdiam la.

kita dok promote seller yg bagus2 kat kwn tup2 depa buat slack lak.

agak2 kalo letak clorox bag hang, bersih x :P

Anonymous said...

salam,

pernah terjadi pada saya. salah satu blog kesukaan saya suka promosi blog seller orang lain. oleh itu saya yakin barang barang itu adalah original. saya tidak kaya tapi saya tidak akan beli barang barang tiruan jika saya tidak mampu. melihat barang barang idaman dengan harga yang cukup murah buat saya ingin memilikinya. tetapi setelah deal dengan orang itu baru saya tahu barang barang tu sebenarnya tiruan. paling saya kesal orang tu seagama dengan kita.

Syima Syaz said...

betul kak...saya penah kena tipu beli beg guess on9.konon dari jepun,takde kat mesia.susah payah syazwan belikan utk anniversary tapi sampai je uprnye kat P.S pun berlambak.memang sakt hati.saya call dia pun dia tak ngaku benda tuh tipu.saya siap ugut pun tak nak ngaku jugak.dia igt saya bodoh mcm dia ke?ish sakithati tak hilang lagi...
orang yg jual tuh melayu,pompuan.

Opie said...

jujur ek seller kat ebay tuh..camni la meniaga..baru la org ramai beli..

malas cite kalau melayu dah lebih2 lagi islam sendiri meniaga, bile kite tak beli takmo tlg sedare seislam katenye, bile kite beli, kite lak kene tipu..ape ke mende nye ntah..

Unknown said...

Salam
Btol tue...berniaga biar la jujur