Thursday, August 27, 2009

Bukan Bidadari

sape tengok cerekarama malam sabtu lepas???

setengah jam yang pertama

me cried along with marissa

i know the pain. been there!

dan saya sangat² memahami kecelaruan yang dialaminya

akan tetapi saya cukup sedih melihat dia menjadi hanyut

jangan disalahkan hijab yang dipakai

jangan disalahkan aurat yang kita jaga

jangan, jangan...

walau apa pun terjadi jangan diletakkan maruah kita seperti itu sekali

letakkan diri kita, maruah kita dan harga diri kita ke tempat yang lebih tinggi

Insya Allah, suatu masa akan datang kesedaran

yang mana intan, yang mana kaca

TAPIII

saya ingin juga menganalisis watak lelaki² yang ada

Husni - seorang lelaki yang mana diawal cerita digambarkan sebagai suami yang cuba mencari kelainan dalam hidupnya. Cuba berseronok² dengan pucuk muda tetapi diakhiran cerita digambarkan pulak sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, punyai pegangan agama yang tinggi, bersembahyang, berpuasa bla bla

Heran kan??? Kalau dia kuat agama, sembahyang tak tinggal tapi kenapa boleh berlaku curang sehingga ke tahap berzina??

Padehal sembahyang itu tiang agama yang sepatutnya adalah benteng bagi dia untuk tidak melakukan perkara² terkutuk begitu??

Jadi kenapa? Kenapa sembahyang yang sepatutnya boleh menghalang kita dari melakukan kejahatan tidak bertindak sebegitu??

Maka adalah sia² sembahyang yang hanya untuk dipertunjukkan sedangkan kita tidak mendapat sebarang rahmat dariNya

Sedangkan Marissa's lover (maaf saya terlupa namanya..maklumlah entry basi) digambarkan sebagai seorang antheist tetapi melayan Marissa dengan penuh kebaikan sebagai seorang insan. Menyayangi dia seadanya, tidak berlaku curang malah as per his claim adalah insan yang baik (kalau ditolak dengan hukum tidak sembahyang, minum arak bla bla bla)

Pelikkan?? Bagaimana seorang yang taat pada ajaran agama (errrr separuh taat kot? sebab tadak plak lam Islam soh 'makan luar') boleh menzalimi isterinya sedemikian rupa??

Sedangkan Rasul sendiri pernah bersabda:

"sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya"

Entahlah....kalau saya, mungkin saya akan stay dengan Marissa's lover. Walaupon dia tidak punya pegangan agama

Insya Allah, kalau kita yakin dan berdoa setiap hari

Allah akan bukakan pintunya untuk kembali kepada Islam

Sedangkan Husni??? Pada saya dia hanya umpama meniru

Yang fizikal sahaja putih, sedangkan dalamnya hitammmm


p/s: kalau takde bajet untuk shooting ke oversea, janganlah pilih kedai yang terpampang Selamat Datang pada pintunya :P


p/s/s: owh saya selalu 'teransang' melihat lakonan Fahrin Ahmad :P What a loss Linda Onn and Great catch Scha :D

Saya kepenatan...

kerana menjaga anak yang sakit :(

namun belom gak kebah²

sang junior dah start demam from saturday nite with temperature raging from 38 to 39.8 celcius

so, early Sunday morning Mr. John dah bawak dia gi jumpa paed kat Umra Specialist

the paed prescribe Augmentine, Veron, Ibuprofen and ada satu ubat selsema lupa nama lak

however, up to Monday the temperature doesnt showed any improvement

so pegi lagi sekali to Umra and this time the paed dah wat reference letter for ward admission

me asked SJMC Sime Darby Medical Center since one of the Prudential panel

tapi bila sampai sana, the doctor there tamau lak warded sang junior

he just changed Ibuprofen to Paracetamol, and ubat selsema pon tukar gak

ada ler perubahan sikit, but still bila pepagi and waktu senja sang junior's temp will go up till 39.9 degree

esh...apsal neh

tak penah jadi camni

normally kalau dah kene voren & augmentin, kejap ajer dah baik

pagi tadi pon his temp 39.8 degree

lepas masukkan voren, baliklah ker 37

so, nak tgk petang nie camne lak

kalau tinggi balik, so kami kene ke SDMC lagi lah

ermmmm......apsal laaa dokter tuh tanak wardedkan my son

bukannya bayar pakai duit dier pon

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubharak

Teringat zaman kecik-kecik dulu, bila tiba sahaja pengumuman puasa

Sure sumer dok kerumun depan tv nak tunggu, kan??

So, untuk sesiapa yang terlepas boleh lah tengok



Dengan ini, saya selaku tuan punya blog ingin mengucapkan

Selamat Sembahyang Terawikh

Selamat Bersahur (jangan dilupakan, inilah yang membezakan puasa Islam dengan agama lain)

Selamat Berpuasa (moga-moga mendapat markah penuh, bukan setakat lapar dahaga sahaja)

Selamat Berbuka Puasa (sunnah Nabi, mulakan dengan kurma)

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu sinar kerahmatan kepada kita semua

Saya mengambil peluang ini untuk lebih memusibahkan diri, menginsafi kesalahan sendiri samada yang disengajakan atau tidak dan cuba menjadi insan yang lebih positif






Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Thursday, August 20, 2009

Tempahan Sampul Duit Raya

Tahun lepas, semasa beraya di rumah seorang kawan

Saya sunggoh jeles melihat sampul duit raya beliau

Kenapa???

Sungguh cantik tertera gamba die sekeluarga

Maka saya berazam tahun ini untuk punya sampul yang sama

Hahaha

Sebbaik saya teringat azam tahun lepas itu semalam

Sebab blog saya jumpa yang menerima tempahan sampul duit raya itu akan ditutup hari Sabtu ini

Fuhhhhh!!!!

So, kalau anda sekalian pon inginkan sampul duit raya begini



atau begini



layarilah di sini

http://budget-zone.blogspot.com/

Masalah Adalah Anugerah

Datangnya masalah sebenarnya adalah untuk menjadi pemangkin bagi kita untuk bergerak satu lagi langkah ke hadapan. Samada kita dapat menyelesaikan masalah itu atau tidak bukanlah isunya. Apa yang penting ialah apakah yang kita pelajari daripada cabaran itu dan adakah ia menjadikan jiwa kita semakin bertumbuh dan segar.

Sebenarnya, masalah adalah anugerah dan hadiah daripada Allah yang datang dalam bungkusan yang tidak indah berbanding dengan nikmat. Namun, sebenarnya ia tetap hadiah. Malah mungkin merupakan hadiah yang lebih berharga.

Terutama bila kita kenal itu adalah hadiah dan kita buka bungkusan itu, kita terima ia dan bersyukur ke atas pemberian itu. Kemudian, kita jadikan ia teman yang menyuluh jalan kita supaya kita senantiasa berjalan di atas jalan yang lurus.

Bila kita insaf begini, kita membawa diri kita bukan sahaja cemerlang di dunia ini, malah cemerlang di mata Pencipta kita.




-Mingguan Wanita Ogos 09

Wednesday, August 19, 2009

Perlu Pantang Ker????

Erkkkk this is my first time of miscarriage

Kena pantang ker???

Apa pantang larangnya???

How about jamu and whatsnot??

Kena makan gak ker?? Me thinking of getting Pil Haruan & Bidadari jer

So, apa lagi??? Urut kene gak ker??

How about tangas, barut tuh sumer???

Giler blurr neh

Dah called my mom and MIL, tapi dowang pon not quite sure sebab tak pernah miscarriage

Eshhhhhh.....

Tuesday, August 18, 2009

Rezeki Itu Bukan Milik Kami

Me: Hello, where are you?

Mr. John: Kat opis lagi. Nak siap menda sikit. Apsal?

Me: I'm bleeding lah. Kene jumpa dokter ni

Mr. John: Hah, bleeding camne?

Me: Bukan fresh blood. Cam discharge tapi ade blood stain

Mr. John: Banyak ke sikit?

Me: Sedang-sedang ajer. Tak banyak sangat tapi idak ler sikit benar

Mr. John: Bleeding tuh kuar ikot mana??

Me: Hah?? Grrrr..... I am not entertain this kind of question. Weiii balik laaa jom pi Umra
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sesampai jek kat Umra Specialist

Our gynea, Doktor Rafi confirmed that I have internal misscariage and need to undergo D&C procedure this morning

Takpelah

Bukan rezki kami :)

Kami terima dengan hati yang terbuka

Lagipon Miss Little baru jek 8 months