Tuesday, September 14, 2010

Nasib Kita, Nasib Mereka




PESHAWAR: Ia adalah sekeping gambar yang menceritakan penderitaan mangsa bencana banjir Pakistan: Empat kanak-kanak kecil terbaring di atas tikar dihurungi lalat, dengan seorang daripadanya menghisap botol susu kosong.

Gambar oleh jurugambar Associated Press, Mohammad Sajjad itu dirakamkan di sebuah kem mangsa banjir di Azakhel, kira-kira 30 kilometer dari Peshawar.
Kanak-kanak yang menghisap botol susu itu dikenal pasti oleh the Guardian sebagai Reza Khan, dua tahun. Akhbar Britain itu yang terharu dengan gambar berkenaan berusaha mencari Reza dan menemuinya di kem pelarian terbabit.

Sebanyak 19 keluarga berada di kem itu semuanya pelarian warga Afghanistan yang sebelum ini lari ke Pakistan akibat perang di negara sendiri dan kini terpaksa pula melarikan diri dari banjir yang melanda sejak lebih sebulan lalu.

Reza ditemui di dalam khemah bersama ibunya, Fatima, serta enam daripada tujuh adik beradiknya yang berhimpit di dalam khemah berlantaikan lumpur itu.
Reza masih lagi memegang botol susunya yang kosong.

Fatima cuba menenangkan anaknya itu yang kerap menangis kerana dahagakan susu. Kembarnya Mahmoud juga menangis tidak berhenti-henti.
"Mereka belum makan apa-apa lagi hari ini. Saya tidak ada makanan untuk diberi kepada mereka, kata Fatima.

"Anak ini menangis kerana kelaparan, kata Fatima menunjuk kepada Reza dan kembarnya.

Sudah sebulan mereka ini tidak dapat minum susu.

Bapa Reza, Aslam, berada di sebuah hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan bagi anak perempuannya berusia tujuh tahun yang menghidap penyakit kulit berikutan persekitaran yang amat kotor.

"Kami sudah berada di sini sebulan, sebulan lamanya! Kami sudah penat dihurungi lalat dan tanpa bekalan makanan.

Sebelum bencana banjir ini suami saya mempunyai pekerjaan. Kami miskin tetapi perut kami tetap dapat diisi, kata Fatima.

Fatima berkata keluarganya bernasib baik sempena Ramadan kerana ramai yang mengadakan majlis berbuka puasa untuk orang miskin.

Anak saya pergi ke majlis itu untuk mendapatkan makanan tetapi saya risau apabila Ramadan berakhir minggu ini di manakah mereka akan dapat makanan, kata Fatima. AFP



Kepada sesiapa yang ingin mendermakan sumbangan:

Tabung Bantuan Bencana Pakistan
Maybank: 514271339000
Oleh NSTP & MediaPrima

Tabung Kemanusiaan MERCY
Maybank: 5621-7950-4126
CIMB: 1424-000-6561053
Oleh Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)




Berakhirnya Ramadhan bukan bermakna masa berbuat ibadat telah tamat

Jadikan sedekah dan amalan baik sebagai darah daging kita

Nama dan amalan yang baik akan tetap dikenang sepanjang masa :D

2 comments:

Ermayum said...

sungguh menyayat hati untung anak2 kita

jane_doe3328 said...

ermayum,
betul tu :)