Thursday, September 30, 2010

Coach Sale for CIMB Credit Card

Last week me ade dapat invitation to Coach Sale kepada pemegang kad hutang CIMB

Siap leh bawak 2 friends lagik, hikhikhik



Masa memula sampai kat Menara Bumiputra tuh (kalau ada yang bertanya, menara ni bebetoi sebelah Sogo....berdepan ngan LRT station), orang adelah ramai giler wokeh

And kene beratur nak masuk

Adelah sikit2 feeling cam Confession of Shopaholic time neh

Haha




Dan macam biasa utk memana sale lah yer, henbeg anda hendaklah dikurung dalam 'supik gelenyar' camni




Untuk gambar2 seterusnya, marilah kita mencuci mata dengan apa yang ada :D


If Im nor mistaken, rasanya this one after discount adelah RM530 camtuh. Murah compare to online but at my age nak carry this type of bag??? Weird kut. Hihi


Too many people, tak smepat nak tengok the price tag!



I like the bronze colour!



After less adelah RM1050, me tengok yang belah kiri tuh lam PrincessVictoriaStylo adelah RM690 ajer





Manusia yang berasak2 membeli!!!!





Nak tahu what I get for myself???


NOTHING

Not A Thing!!!!!


Hehe, after one hour beratur and RM7.00 for the parking fee....I dont buy anything

Rasanya masa beratur adelah lagi lama dari masa duk dalam sale itu

By reason adelah


1) Most of the bag only 30% less....sama jer if the boutique buat sale

2) The price is much much higher than online seller

3) I dont see people buying there dapat paperbag. Adelah tak best okehhhhh :P

Tuesday, September 28, 2010

Hebat ker anda?

Saya percaya jika anda adalah seorang yang hebat

Orang lain yang akan bercerita tentang kehebatan anda

Bukan anda yang menjaja cerita betapa hebatnya anda ini

FULL STOP!

Thursday, September 23, 2010

Baju Raya Lip Lap Lip Lap

Kan dah cakap aritu, selain kasut mengelip

Baju raya saya juga adelah mengelip juga yer adik kakak

Hehe

Maklumlah sebab kainnnyer kaler malap sikit

Jadi kenelah tambah manik buat penyeri dada :P


Kita mulakan dengan bajuan Ms Little yer

Ini kat bahagian dadanyer





hah yang ini tang tangan pulak



sebenarnya just upah org untuk smocking flower tuh ajer

tang manik tuh dijahit oleh nenda Ms Little tercinta :D







Ini plak adelah baju saya :D




Tuesday, September 14, 2010

Nasib Kita, Nasib Mereka




PESHAWAR: Ia adalah sekeping gambar yang menceritakan penderitaan mangsa bencana banjir Pakistan: Empat kanak-kanak kecil terbaring di atas tikar dihurungi lalat, dengan seorang daripadanya menghisap botol susu kosong.

Gambar oleh jurugambar Associated Press, Mohammad Sajjad itu dirakamkan di sebuah kem mangsa banjir di Azakhel, kira-kira 30 kilometer dari Peshawar.
Kanak-kanak yang menghisap botol susu itu dikenal pasti oleh the Guardian sebagai Reza Khan, dua tahun. Akhbar Britain itu yang terharu dengan gambar berkenaan berusaha mencari Reza dan menemuinya di kem pelarian terbabit.

Sebanyak 19 keluarga berada di kem itu semuanya pelarian warga Afghanistan yang sebelum ini lari ke Pakistan akibat perang di negara sendiri dan kini terpaksa pula melarikan diri dari banjir yang melanda sejak lebih sebulan lalu.

Reza ditemui di dalam khemah bersama ibunya, Fatima, serta enam daripada tujuh adik beradiknya yang berhimpit di dalam khemah berlantaikan lumpur itu.
Reza masih lagi memegang botol susunya yang kosong.

Fatima cuba menenangkan anaknya itu yang kerap menangis kerana dahagakan susu. Kembarnya Mahmoud juga menangis tidak berhenti-henti.
"Mereka belum makan apa-apa lagi hari ini. Saya tidak ada makanan untuk diberi kepada mereka, kata Fatima.

"Anak ini menangis kerana kelaparan, kata Fatima menunjuk kepada Reza dan kembarnya.

Sudah sebulan mereka ini tidak dapat minum susu.

Bapa Reza, Aslam, berada di sebuah hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan bagi anak perempuannya berusia tujuh tahun yang menghidap penyakit kulit berikutan persekitaran yang amat kotor.

"Kami sudah berada di sini sebulan, sebulan lamanya! Kami sudah penat dihurungi lalat dan tanpa bekalan makanan.

Sebelum bencana banjir ini suami saya mempunyai pekerjaan. Kami miskin tetapi perut kami tetap dapat diisi, kata Fatima.

Fatima berkata keluarganya bernasib baik sempena Ramadan kerana ramai yang mengadakan majlis berbuka puasa untuk orang miskin.

Anak saya pergi ke majlis itu untuk mendapatkan makanan tetapi saya risau apabila Ramadan berakhir minggu ini di manakah mereka akan dapat makanan, kata Fatima. AFP



Kepada sesiapa yang ingin mendermakan sumbangan:

Tabung Bantuan Bencana Pakistan
Maybank: 514271339000
Oleh NSTP & MediaPrima

Tabung Kemanusiaan MERCY
Maybank: 5621-7950-4126
CIMB: 1424-000-6561053
Oleh Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)




Berakhirnya Ramadhan bukan bermakna masa berbuat ibadat telah tamat

Jadikan sedekah dan amalan baik sebagai darah daging kita

Nama dan amalan yang baik akan tetap dikenang sepanjang masa :D

Monday, September 13, 2010

Kisah Tak Selamat Berhari Raya

Salam Aidilfitri buat semua

1st of all, mohon ampun & maaf jika ade terkasar bahasa, terbangga diri or whatever sepanjang saya menulis dalam belog yang tidak seberapa ini

So camne dengan sambutan semua orang?

Hopefully adelah meriah semeriah2nya

As for me, saya rasa Hari Raya this year was a disaster!!!

Kenapa saya cakap camtu?

OK, sebagai permulaannya

Dua hari sebelom raya, I get this text from my dad



Siyan, sang junior kene chickenpox or cacar air

Time hari raya tuh dia duk demam & menahan gatal sampai nagis2

But yang me geram sangat2....ade lak manusia yang tak paham bahasa

Gi kejut dia dari tido, suruh heret sana sini gi beraya jugak

Adoiiii tak paham bahasa ker

Budak tuh sakit - demam, gatal2 satu badan

Kesianlah sikit kat dia

Tak payah ler beriya sangat nak suruh kitaorg beraya ke sana sini

Aku cukup tak gemar orrang tak paham bahasa ni

Takkan nak bawak anak dengan penyakit berjangkit ni pegi umah orang

Kut2 kat sana ada baby ker, pregnant woman ker

Camne???

Itu satu dua hal yang buat gwe panas hati

Yang seterusnya adelahhhh....

Tak sampai sejam duk kat kampung

Kaki Miss Little dah terpijak paku sampai terbenam abis!

Aku takdelah bagi anak aku berlari atas tanah ker apa

Kejadian nie berlaku depan tempat tengok tibi okeh

Sebbaik thumbtack, so takdelah dalam sangat

But stilllah budak tuh sakit

Pagi raya tuh siyan plak tgk Miss Little jalan berdengkut

Huhu

So kesimpulannya, inilah raya saya yang paling disaster

Sekian, terima kasih

Wednesday, September 1, 2010

Baca kanan, baca kiri....

sumerrrrr pakat tunjuk barangan shopping sempena raya

aisehhhh takleh jadik nie

kene letak jugak

hehe

tapik baju takde lagi sebab still kat kampong

beli kain kat jakel shah alam aritu

pehtu tempah kat kampong sebab i nak glam raya kali nie

so haruslah bersmocking flower bagai, bermanik lip lap lip lap bagai

jadinya hantar ler ke kampong sbb upah kat klate adelah muroh weiiii

aritu ade tanya dekat2 butik pkns

adelah hampir pengsan jugoklah mendengar rega quote demo tuh

esh esh esh

so, sepertimana yang ditunggu2

ceh ade ker orang tuh?

haha, best gak syok sendiri skali skali neh :P

inilah hasil rembatan gwe!!!!







mentang2lah merasa berkasut raya tahun nie

abes posing kasut neh diambik gambar

time beli nie Nine West tengah ade sale up to 50%

so harganya adelah agak reasonable untuk digrab

if not, memang babai lah jawabnya

so camne? kasut raya korang ber bling2 jugak ker :P