Taken from: http://utusan.com.my
Ya, saya dan Rizal bercinta - Fasha Sandha
KUALA LUMPUR 30 Jun - Aktres yang penuh kontroversi, Fasha Sandha, 26, akhirnya mengaku bercinta dengan bekas suami pelakon popular, Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Ashram Ramli.
Menurut Fasha, dia dan Rizal mula menjadi pasangan kekasih selepas peristiwa Rizal membuat kejutan dengan datang ke set penggambarannya di Pulau Lang Tengah, Terengganu menaiki helikopter.
"Saya terharu dengan kesungguhan dan keberanian Rizal menunjukkan cintanya dan saya rasa itulah masa terbaik untuk menerima cintanya.
"Keluarga saya dan Rizal mengetahui kami berdua bercinta. Tetapi saya tidak tahu atau ambil kisah penerimaan mereka kerana kami belum merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.
"Kami bahagia sekarang. Rizal ada menghadiahkan sebentuk cincin tanda saya kini miliknya ketika di Pulau Lang Tengah," kata Fasha pada sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata di sini hari ini.
Pada 17 Mei lalu, Rizal dan rakan-rakannya membuat kejutan kepada pelakon filem Anak Halal itu dengan hadir menaiki helikopter peribadi ketika Fasha menjalani penggambaran drama bersiri terbarunya, Duyong Aridinata di sana.
Helikopter peribadi milik Rizal yang merupakan ahli perniagaan berjaya itu mendarat berhampiran calet yang didiami Fasha bersama krew drama.
Rizal kemudian dilihat menjamu selera makan tengah hari bersama Fasha dan krew-krew yang lain.
Kata Fasha, dia mengumumkan kisah percintaannya hari ini kerana berasa sudah sampai waktunya dia berkongsi mengenainya bersama orang ramai dan tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan.
"Saya harap selepas pengakuan ikhlas saya ini, orang ramai dapat menerimanya kerana sekarang ini saya dan Rizal sangat bahagia bersama," katanya.
Persoalan yang bermain dipemikiran saya: Best sangat ker menghidupkan api cinta diatas abu penderitaan orang lain?
Well as for me, saya selalu yakin....hidup ini adalah karma. What You give, you get back!
Tidaklah mendoakan perkara yang buruk ke atas mereka.
Tetapi kalau cinta itu berlandaskan kekayaan atau kecantikkan....ermmm, sejauhmana perkara tersebut kekal lama?
Takde wang, adik melayang.....
Sebenarnya seorang dari rakan rapat saya di office pon sering memburu lelaki2 kaya untuk membayar keretanya, rumahnya dan nafsu bershoppingnya tanpa mengira jika lelaki tersebut sudah beristeri atau belom.
Walaupon ibarat mencurah air ke daun keladi (setakat ini)...but I am still giving her a piece of my mind from a wife point of view.
Well, saya tetap berharap suatu hari nanti dia akan bertemu dengan seorang lelaki yang baik, yang mampu membimbing dia menganut agama Islam kembali. Dan semoga, her mum yang sudah convert to Kristian pon akan dibuka hatinya untuk menganut agama Islam kembali.
Sama2lah kita doakan yang terbaik untuk semua orang yer :D
8 comments:
oh, dh mengaku eh? Akak tak baca paper. Huhu
sudah terang lagi nok suloh denge torchlite
tak suka baca citer dia.. hihi
errkk..u mean u know a muslimah yg murtad?? Gosh!
Harap ditunjukkan jalan yg benar utk mereka.
yati,
'ter'baca masa belek2 utusan online. hehe
mommyct,
they are indonesian. susah mau cakap
kat atas meja gambar tu macam botol arak je kan??
zaila,
sparkling juice kut. bersangka baik. hihi :P
hmm menci betul laa - now line da clear kan boleh la cakap dasar perampas- apa la ada sgt kat lelaki yg divorce pompuan mengandung kan -
hehe sori over emo lak i :)
Post a Comment