Wednesday, July 28, 2010

Selamat Tinggal Dunia Automotif


Ini merupakan hari terakhir saya di sini :D

Selamat 7 tahun bergelumang menjadik wanita kuku besi di arena automotif negara

Masa mula mula menceburi bidang automotif ini, di bidang kualiti pulak tuh

Tiap kali memngahdiri meeting di tempat customer

Saya dapati kehadiran kaum wanita adalah sangat sedikit

Pada masa tu, sebelah tangan pon tak sampai untuk mengira kedatangan kami

Tapi masakini, saya adalah lebih bangga apabila melihat kaum sendiri makin bertambah didalam bidang ini :D

Dan selepas ini, saya akan beralih arah ke bidang Construction pula

Wish me well yer, kengkawan




On the happier mode

Saya bawak si dia ini berjalan2 arini :D

Siyan dia asik terperap kat umah ajer since saya menggalas beg laptop setiap hari

So, sesekali bagilah si dia mencuci mata plak kan?

Siapa si dia? Siler scroll di bawah


































































(batal pose tanak beli bag aku, huhu)

Friday, July 23, 2010

Saya dah sudah....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

DIBANCIIIIIII

buktinya adelah benda ini di depan pintu umah saya




camne?


anda dah sudah ker??

Happy Birthday buat Sang Suami :D

Yeayyyy.....my dear hubby menyambut birthdaynya recently

Erm, kalau nk kira sebenarnya kitaorg punya date adelah kurang best

Sebabnya?

2 weeks after my birthday ade anniversary and 2 weeks after anniversary ade my hubby birthday

giler dekat dekat kan?

so, normallah kalau celebrationnya ade lumsump tros

takleh nk mitak hadiah byk kali

huwaaaaa....

btw inilah kek american brownies birthday boy




gambar yang diambil adelah bergoyang2 walaupon menggunakan Canon EOS550D disebabkan ade dua orang budak yang dah tak sabar memekik nak potong kek

cessss....kalau tak caya tengok neh




what i got for him??

well, dah lama sebenarnya dia aim nak either messenger bag or crossbody

dah lama mencarik

pegi sana sinun

last2 yang kat Braun Buffel gak dia minat

so inilah dia

tadaaaaa!!!


Monday, July 12, 2010

Good Bye World Cup 2010

Yihaaaa......atlast!

Congratulation to Spain for their glory victory!!!!

Adekah korang berjaga untuk tengok??

YUp, me jaga....for 10 seconds kut. Haha

Definately not a good mate for football watcher.

Seriously I dont get the hype to see ball running here and there :(

On the other hand, I got this is email sent by a friend






SOOOO KEWWLLLLLLL!!!

Dont you think so????

I want one for my father! Buat basahan gi semayang kat masjid. Haha

Wednesday, July 7, 2010

Duit! Duit! Dimana kau duit!!!!!!



Erghhhhh tengok kanan NAK!

Tengok kiri NAK!

Nafsu duniawi nie kuat betollah :(

Tuesday, July 6, 2010

Digital Clutch: Butterfly Lovers by Vivienne Tam

Wahhhh....mata saya sangat sangat teruja melihat 'teman baik' baru seseorang itu :P

Nak jugak! Nak jugak! Nak jugak!!!!



This is a Mini Laptop aka Netbook by Hewlett Packard with collaboration with Vivienne Tam. As I quote:

"Designed for the discerning modern woman who desires to stay connected at work and at play, this new addition to the Vivienne Tam Edition of fashionable digital clutches is a must-have accessory to provide both flair and function in the coming season. The new “Butterfly Lovers” digital clutch is expected to become available in Spring 2010."



And its also comes with same design for the mouse!!!




For those who interested and want to know the techical specification, here are the details:

"On technical aspect, HP Mini 210 with butterfly lovers’ theme comes with a 10.1-inch display, 2GB of RAM, 320GB hard drive and integrated graphics. HP Mini 210 is powered by Intel Atom N450 processor, WiFi connectivity, built-in webcam, and a 93 percent keyboard.

an Intel Atom N450 processor, 2GB of RAM, 320GB hard drive and integrated graphics. There is a 10.1-inch display and a 93% full size keyboard. HP also packed the netbook with Beats by Dr Dre audio software that enables listeners to experience music – through headphones or external speakers – the way artists intended.

The Mini 210 is less than 1-inch thin. It supports WiFi and comes with built-in webcam."


And, owh...I've done some research and turn out this is not the first time Vivienne Tam collaborate with HP. Here was her previous design! Still eye catching!!!



And really, really, really from the bottom of my heart....I want it too!!!!


Monday, July 5, 2010

Saper dok oversea, DO NOT ENTER!!!!!!




Haaaa....saper soh klik masuk sini

Kan dah bagitau awal2 saper dok oversea jangan enter!

Sebab saya balik kampung last weekend

And untuk pengetahuan sedara/ sedari di luar sana

Skrg ini musim buah tgh bermula di Malaysia

So, entry kali ini akan memaparkan gambar-gambar berahi yang akan membuatkan airliur sedara/ sedari di seberang laut sana meleleh-leleh

Harap-harap takde yang tengah mengandong yer. If not, silalah telan air liur sahjer

Hehe, entry perasan macamlah ade org dok oversea beriya nak membaca blog daku yang idop segan, mati pon segan nie

OK, jommmm kita layan gambar2 buah-buahan yang ditangkap semasa di kampung :D



Kita mulai dengan gambar raja segala buah; iyerrrr ini durian kampung yer pembaca sekalian alam :D





Hitam hitam si tampuk Manggis, walaupun hitam rasanya manis :D





Buah apa yang rambutnya lebat??





Bagai nangka masak gugur




Sudah penat berperibahasa & teka teki, yang ini mempelam dan kuini




dan buah terakhir sekali

jeng!

jeng!

jeng!


saya panggil buah ini



BUAH KATAK PURU





betoi ker?

korang penggey buah gapo ek?

Friday, July 2, 2010

Happy Mother's Day

Hahaha...sure korang terkejut gilerkan?

Apa kejadahnya menyambut Mother's Day di bulan Julai ini??

Sebenarnya saya nak tunjuk sabun-sabun yang saya beli sempena Hari Ibu yang lepas

Tapi masa tu saya adelah dalam mode bizi

So, since arini baru free utk buat pertunjukkan

Belasah ajerlah kan :P




sebenarnya saya punya collection nie tak cukop

patutnya ade satu pencuci lantai, tapi saya tak beli sebab yang kat umah ade banyak lagi and bukan selalu pon guna, dasar pemalas mop katakan

ade tak sesiapa lagi yang kumpol benda alah nie jugak? (kalau dah dasar pompuan kabaret, benda alah pencuci ini pong boleh dikumpol2)

but again, me wonder. for Fathers Day dowang keluarkan apa ek?

Thursday, July 1, 2010

Baru nak ngaku????


Taken from: http://utusan.com.my


Ya, saya dan Rizal bercinta - Fasha Sandha


KUALA LUMPUR 30 Jun - Aktres yang penuh kontroversi, Fasha Sandha, 26, akhirnya mengaku bercinta dengan bekas suami pelakon popular, Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Menurut Fasha, dia dan Rizal mula menjadi pasangan kekasih selepas peristiwa Rizal membuat kejutan dengan datang ke set penggambarannya di Pulau Lang Tengah, Terengganu menaiki helikopter.

"Saya terharu dengan kesungguhan dan keberanian Rizal menunjukkan cintanya dan saya rasa itulah masa terbaik untuk menerima cintanya.

"Keluarga saya dan Rizal mengetahui kami berdua bercinta. Tetapi saya tidak tahu atau ambil kisah penerimaan mereka kerana kami belum merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

"Kami bahagia sekarang. Rizal ada menghadiahkan sebentuk cincin tanda saya kini miliknya ketika di Pulau Lang Tengah," kata Fasha pada sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata di sini hari ini.

Pada 17 Mei lalu, Rizal dan rakan-rakannya membuat kejutan kepada pelakon filem Anak Halal itu dengan hadir menaiki helikopter peribadi ketika Fasha menjalani penggambaran drama bersiri terbarunya, Duyong Aridinata di sana.

Helikopter peribadi milik Rizal yang merupakan ahli perniagaan berjaya itu mendarat berhampiran calet yang didiami Fasha bersama krew drama.

Rizal kemudian dilihat menjamu selera makan tengah hari bersama Fasha dan krew-krew yang lain.

Kata Fasha, dia mengumumkan kisah percintaannya hari ini kerana berasa sudah sampai waktunya dia berkongsi mengenainya bersama orang ramai dan tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan.

"Saya harap selepas pengakuan ikhlas saya ini, orang ramai dapat menerimanya kerana sekarang ini saya dan Rizal sangat bahagia bersama," katanya.



Persoalan yang bermain dipemikiran saya: Best sangat ker menghidupkan api cinta diatas abu penderitaan orang lain?

Well as for me, saya selalu yakin....hidup ini adalah karma. What You give, you get back!

Tidaklah mendoakan perkara yang buruk ke atas mereka.

Tetapi kalau cinta itu berlandaskan kekayaan atau kecantikkan....ermmm, sejauhmana perkara tersebut kekal lama?

Takde wang, adik melayang.....

Sebenarnya seorang dari rakan rapat saya di office pon sering memburu lelaki2 kaya untuk membayar keretanya, rumahnya dan nafsu bershoppingnya tanpa mengira jika lelaki tersebut sudah beristeri atau belom.

Walaupon ibarat mencurah air ke daun keladi (setakat ini)...but I am still giving her a piece of my mind from a wife point of view.

Well, saya tetap berharap suatu hari nanti dia akan bertemu dengan seorang lelaki yang baik, yang mampu membimbing dia menganut agama Islam kembali. Dan semoga, her mum yang sudah convert to Kristian pon akan dibuka hatinya untuk menganut agama Islam kembali.

Sama2lah kita doakan yang terbaik untuk semua orang yer :D