Thursday, December 31, 2009

Nak sambut Tahun Baru??

Soalan

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?



Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.









Sekian



Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net

Saturday, December 26, 2009

Bengang Tak??

When u purchased online

Then the seller sent an invoice to your email

You paid as per invoice sent

And later, the seller SMS telling that the price quote is a mistake???

After the payment have been made!!!!

Aduiiiii.... it's only RM4 difference

Since the mistake done by your side, borne it lah!

Takkan me kene susah payah nak kene pi transfer pulak???

Grrrr!!!!

Thursday, December 17, 2009

Apa azam tahun baru???


(taken from: http://balaiislam1.blogspot.com/)





Noooo.... I am not saying this as 1 Jan 2010 is approaching us

But the Tahun Baru yang akan kita sambut esok!

So, aper azam anda semua??

Azam saya??

Tengah merangka2 lagik neh

Yang pasti saya cuba untuk hapuskan hutang credit card yang ade :(

And maybe a few weight loss + a flat tummy (gilak mimpi neh :P)

Dan berikrar untuk menjadi muslimah yang lebih baik samada dari segi hubungan sesama manusia mahupon dengan Dia

Mungkin ade a few things tgh evaluate untuk dimasukkan lam bajet 1431

Maybe holidays with family, a DSLR ke, a L-Shape sofa ker

Ermmmm but no more bags kot until me settle all the debts (Ya Allah, kuatkan hatiku)

Anda semua camne?

Saya akhiri dengan lirik nasyid yer :)



Satu Muharam detik permulaan

Perkiraan tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan umat Islam

Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan Iman yang teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu

Rela bekorban…harta dan nyawa

Demi Menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuagan

Hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah

Tingkat kan semangat, tegakkan Syiar Islam untuk sepanjang Zaman…

Wednesday, December 16, 2009

Happy Birthday Miss Little :)



This is a backdated event sebenarnya :)

Miss Little celebrated her 1st Birthday a day after Hari Raya Haji

saya nie jenis pemalas tak reti nak plan plan wat sambutan besar2an nie

takde fulus pon iyer gak :P

haha

so, hanya family celebration sahaja

adelah beli kek buat Sang Junior tiup (haha, memang dier jaga jek depan kek. tak kisah saper punya kek birthday..dia tetap tukang tiup lilin)

dan sedikit bahan bahan hiasan



yang sedihnya, this is the only food on the table yang saya sempat amik gambar before the kamera's battery went kaput :(

Tuesday, December 15, 2009

Musim Makan Nasi Minyak....

betol tak???

saya pong keletihan neh sebab mendapat biras yang baru :)

tapi penatnya yaaa ampunnn!!!

maklomlah sebagai hantu menantu sulong, tepaksalah menolong apa yang patut

pehtu, anak anak pulak buat hal masa majlis sebab tak cukop tidor dan tempat nak tido pong cuma tangkap muat mana ade tempat yang kosong

imagine lah sendirik yer

my FIL punya adik beradik seramai 8 orang, same as my MIL

blom campor mbah & kakik dari dua belah pihak

plus anak memasing lagi

keluarga nuklues kami lagi

masa tuh dari anjung umah sampailah ke beranda dapur penoh ngan bentangan toto

sampai ke sink dapor pong berebut

memang sesak!!!

blom pikir time nak mandi pulak lagi

yang kecik2 start mandi malam dari pukol 5 petang

and believe me...by 10 pm adelah masih beratur untuk dapatkan giliran mandi

haha

it was fun...really!!! masa diingat balik

tapi at that time memang hazab!!

owh, ini mukan jenis kenduri bercatering yer tuan puan

ini adelah kenduri rewang jawa style punya

memang fenin dok konpius this bibik and this paman from which side

tu lom campor anak2 dowang lagi yang lagik fenin nak padankan siapalah emak eh

apetah lagi yang dah bercucu sumer

hehe

this is a big shock gak for me since my own parents only have 3 siblings ajer :)

owh on the other note

biasalah, kalau kenduri kawen sure pakai inai kan

me and Miss Little pon merasa berinai :D



pehtu ade gak orang lain yang merengek nak pakai inai gak

sebbaik Mr John punya mood yang sangat baik untuk melayan rengekan tersebut

maka merasalah orang itu dengan inainya di tangan :)


Tuesday, December 1, 2009

LV Most Expensive Bag!!!


The price??? USD150K

The look????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Nope, ini bukan kisah tipu yer adik kakak

Ini adelah kisah benar

Tidak! Gambar bag diatas tidak disuperimpose

Bukan seperti gambarajah dibawah yang disuperimpose :P walaupon empunya badan yang menjadik mangsa superimpose itu adelah pemuja bag LV tersohor di Malaysia




Ianya adelah benar, nyata dan antara bag termahal di dunia

So, ade berani???