Friday, May 29, 2009

Happy 4th Anniversary...




A Wedding Anniversary is


A time of celebration of all that two have shared



A time of reaffirmation of vows of love declared



A time of recommitment to each others wants and needs



And not to be concerned with who follows or who leads



For marriage like an heirloom, is to treasure and revere



A union of two lovers and all that they hold dear



So celebrate, do honor, to the true love of your life



Make every day an anniversary for a special man and wife

Wednesday, May 27, 2009

Lapar...nak makan nasik

Itulah kata kata Sang Junior tepat pukol 10.57 malam...huhuhu, terpaksalah me mengorek apa yang tinggal dari sessi pemakanan malam saya dan Mr. John




Erkkk itu sahajalah yang mampu disediakan. Hah, pas makan tido yerrr....

Tuesday, May 26, 2009

Kecewanya rasa di hati

Saya menghubungi seorang penjual alam maya untuk bertanyakan tas tangan yang menjadi kegilaan saya dari hari Jumaat lepas. Namun yang menyedihkan, tas tangan di dalam warna yang saya ingini tidak ada di dalam senarai jualan murah tersebut :(



Warna yang ada hanyalah ini



dan ini



Perlukah saya meneruskan hasrat untuk memilikinya? Warna apakah yang menarik? Adakah warna putih senang kelihatan kekotoran yang melekat? Perlu diingati saya punya dua anak kecil yang senantiasa bergayut di kiri kanan

Owh saya patah hati sekarang ini :(

Hikmah disebaliknya...


I am sure korang pernah mendengar ungkapan, "setiap apa yang terjadi, akan ada hikmah disebalik setiap kejadian"

Saya yakin, Insya Allah dengan kuasa Tuhan... setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya kenapa kejadian tersebut berlaku

Apabila ada kawan yang keguguran, saya sering berpesan... mungkin itu yang terbaik buat kamu. Mana tau zuriat itu akan membesar menjadi anak yang derhaka ker, so kerana Allah tahu yang kamu tidak mampu menghadapinya kelak...maka Dia menarik anak itu dari kamu awal awal lagi. Semoga anak itu menjadi kupu kupu syurga yang mendoakan kamu siang malam dari sana :)

Apabila saya ditimpa musibah dengan beberapa kawan baru baru ini, saya mendapati mungkin Allah ingin menguji saya dan meninggalkan saya hanya bersama sama kawan yang mampu memberikan semangat setiakawan yang utuh buat saya. Dan Allah memberi ruang kepada saya untuk melihat kembali kawan kawan lain yang sudah lama tidak berhubungan untuk dieratkan kembali silaturrahim yang ada. Dan Allah memberikan kesempatan untuk saya mengenali rakan rakan baru yang lebih baik sepertimana pembaca blog saya :)

Apabila saya ditimpa bencana setiap 25hb yang mampu membuatkan saya jadi weng seketika, saya sering berdoa agar saya diberikan kekuatan, ketabahan dan keredhaan dalam menghadapi apa yang berlaku. Saya percaya, Allah tidak akan menguji kamu dengan ujian yang tidak mampu kita lalui. Kerna dia akan lebih memahami apa yang lebih baik untuk diri kita :)

Maka ituuuu....inilah hasilnya daripada saya membuat karenah semalam :P
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Hihihi...Mr John membelikan saya ini sempena Anniversary and also Birthday Gift. Inilah yang tak best bila anniversary and birthday anda hanya berselang masa 2 minggu sahaja *sigh*

Apa pon saya bersyukur walaupon agak kecewa dengan hasil tangkapan gambar oleh henpon ini :(

Kenapakah kelabuuuu??? Padehal anda adelah 3.2M Pixel bersamaan dengan K810i saya? Owh saya sangat merindui kamera phone saya yang lama :(

Gambarnya adalah sangat sharpp dan saya sunggoh hepi dengan hasilnya. Ermmmm..... terpaksalah saya membeli digital kamera kalau begini.

Maka dengan ini saya berikhtiar untuk berusaha merajuk dengan lebih bersungguh sungguh dimasa hadapan. Lebih banyak gambar kamera jika saya sudah membeli digicam yang baru :)

Monday, May 25, 2009

Hari Stress Saya....

1. Pagi pagi ini sewaktu sedang memandu di GCE, saya merasa sangat meluat dan marah marah kepada Mr John. Mungkinkah kerna pada tarikh ini, 5 bulan yang lepas tercalit peristiwa hitam yang membuatkan emosi saya akan menjadi tidak stabil setiap 25hb? Ya Allah, berilah ku keredhaan dan kekuatan dalam menghadapi ujianMu. Berilah pelangi yang indah serta mentari yang memancar selepas segala hujan ribut yang ku alami

2. Ketika saya sedang mengemas drawer saya yang sudah berkurun seperti rumah mekti lagaknya, tetiba saya mendapati terdapat sekeping cheque bertarikh 18/12/2008 yang saya terlupa untuk bank in kan....arrghhhh!!

3. Sewaktu saya memeriksa emel saya untuk mengupdatekan order Hawaii Magnetto, saya dapati terdapat email dari kenalan dari Poland yang saya bertukar tukar FM dengannya masih belom menerima FM yang telah saya kirimkan kira kira dua minggu lepas. Sebenarnya saya terlupa the exact date hari saya membuat pengeposan dan saya tidak tahu dimanakah telah saya campakkan trace number nya....arrrghhhh!!!!

Friday, May 22, 2009

FM Hunting @ KLCC

Wow I had a blast day today by doing FM hunting at KLCC with a luvly lady, Mslvoe and Gojes mummy GH. Owh not to forget Mslvoe's sista yang cun :)

Hihihi...today started with me having my menstrual selepas a year I'm living without it :P Jenuh tawww nak carik mana pulak me dah campak mine Kotex. Sebbaik terjumpa dicelah celah baju anak anak :) If not ada kene cilok pempes anak. Hahaha

Then the whole family siap siap pi makan nasi lemak before me drop the siblings at their nanny house. Mr John is off yesterday and today since this week dia kene keja on weekend :)

After drop Mr John yang kunon berjanji nak pi betulkan pintu his car yang takleh ditutup, me pegi ke stesen Komuter yang berdekatan. Dah park, jalan kaki & beratur nak beli tiket...pastu me perasan, eh patut bawak TouchNGo laaa senang sket, tayah beratur beli tiket.

So me pon patah balik ke kereta, niat di hati nak amik TouchNGo jek tapi pikir2 malas nak naik public transport and tetiba bersemangat waja nak menyesakkan perut ibukota kita. Hehhehe....so teros drive ke Pusat Bandaraya dgn semangat waja :)

Me parking kete kat Jalan Yap Kwan Seng sebab mau jimat duit parking. Hahaha...kudukut neh. So sesampai jek kat Suria KLCC, my 1st pit stop layan Coach (tak byk leather choice lah) dulu, pehtu me layan Burberry plak (unfortunately Brook ada canvas type jah)pehtu masuk Marc Jacobs plak (termalu sebab tanya Farida Hobo kat situh....huhuhu). Tengok jam dah 10.45 am, alamakkkk kene berenti kat kiosk Ground Floor dulu since lom beli pape FM untuk Sha & GH.

Sebbaik me jumpa FM Snowglobe yang cantikkk!!!! Yeayyyy....sukahati selepas harapan nak bagi FM lambang pasukan bola dengan termometer tak menjadik

Lepak lepak, makan makan, borak borak kat Chillis sambil bengang ngan waiter yang pejadahnyer terlebih ramah ku pon tatau. Grrrr!!!

Pastu mula lah jelajah pencarian FM kami, dimulakan dengan kat Arch, pehtu turun ke kiosk kat depan M&S kemudian ke Aquaria :)

Kemudian ku merengek nak masuk Gucci & LV sblom berpisah untuk balik. Hihihi....inilah hasil rembatan hari ini :)




FM UPM & Sarawak was given by GH. Baik kan dier walaupon mulut ko kepoh nyahhhh!!! Hahhaha

Thursday, May 21, 2009

Cream Caramel

Ini adalah percubaan pertama saya membuat puding karamel





Hermmmppphhh....kiciwa :(

Wednesday, May 20, 2009

Rutin Harian

Pagi pagi, bangun jek tido...masuk lam bilik air, saya mula mencapai berus gigi yang dihadiahkan secara percuma sewaktu harijadi saya oleh HSBC selaku credit card holdernya



Selepas itu saya capai ubat gigi pulak untuk tujuan pembersihan gigi



selepas itu amik pencuci muka lak, tenyeh2 kat muka nak hilangkan minyak minyak dan juga dengan harapan kulit muka jadik putih berseri



kemudian meneruskan aktiviti pemandian saya, saya suka guna ini



dan silih silih ganti dengan ini sebab suka bau strawberry yang sangat menyegarkan :)



kalau perlu bershampoo saya akan guna Rejoice Rich



dan kalau rajin saya akan menonyoh Peppermint Foot Scrub ini. Sunggoh syiok rasa beranginnyer :)

Monday, May 18, 2009

Butter Prawn Cereal

Yeayyy....mari bersama sama saya ke dapur dengan resepi yang teramat mudah untuk dibuat :)

Memula kita siang udang yang ada



Taburkan dengan sedikit pepper and garam, kemudian digoreng dalam minyak yang banyak



Setelah itu, diangkat dan toskan udang goreng tersebut.




Amik butter dan cairkan dalam kuali panas



pastu masukkan cili padi yang dipotong kecik2 bersama ngan daun kari. Maaflah yer puan puan..umah saya takde stok daun kari lak masa nie (ek eleh poyo tul rancangan memasak nie, bleh tak cukop bahan lak :P)



lepas tu masukkan udang yang telah digoreng itu ke dalam butter and belek belek supaya bagi serasi. pastu tutup api



then, bukak ini yang dibeli dengan harga RM4.90 di tempat jualan Cosway yang berdekatan



tabur kan ini serta golek golek agar mesra bersama sama



okeh dah boleh ngapppp!!!! tapi baca doa makan dulu yer :)

Friday, May 15, 2009

Welcome....


The Road of Life
Grab a Funny Picture from pYzam.com