Saturday, July 21, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

how was the first puasa?

Alhamdulillah, the junior berjaya puasa satu hari penuh :)

so proud of him

miss little pon bangun for Sahur jugak tapinyer sungguh tak tahan godaan. 5 minutes after azan subuh dah merengek nak makan cekelat Daim.


Tuesday, June 12, 2012

Jalan jalan Australia: Superduck Tours

Fuhhhh lama nyer nak menyambung citer

Hehe, padehal stilllll on the first day tawww

Okehlar, petang tuh selepas check in lam bilik and berehat sekejap

Petangnya kami punya plan adelah menaiki ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sebab2 utama kenapa kami pilih? Benda alah nie cover sea and land cruising sekaligus

Adelah bagus untuk orang yang punya masa sangat limited utk jalan jalan nak round surfer paradise nie

Hermmm maaflah, apsal entah takleh nak upload gamba lak dari

Bongoknya firewall opis ;P

BTW, skrg nie tayah susah2 nk gi Gold Coast untuk naik Duck Tours nie yer

Kat Melaka pon dah ade y'alll

Siler lah pegi naik Melaka Duck Tours pon best gak, bebetoi depan Menara Tamingsari stationnyer



Friday, May 18, 2012

Hadiah Hari Ibu!

Ada orang cakap, Hari Ibu haram untuk disambut

Well, saya tamau ulas panjang lebar sebab I'm not an expert utk keluarkan pendapat2 about that

But as a mom, it is good to received gifts on that day plus the hugs and kisses from the kids

Yup, you heard me right

No hugs and kisses from Mr Hubby since he was away at Uncle Sam land during the celebration

So, inilah hadiah kena tinggal hari ibu from him :)


Coach Perforated Leather Lexi in Coral

Coach Signature Stripe Stiched Convertible Hobo in Bronze


Makanya, dapatlah ku tido dengan aman

Hik hik hik......


Wednesday, May 16, 2012

Jalan Jalan Australia: Islander Resort Hotel

Kalau ikut plan, lepas Currumbin Park kitaorg ingat nak pegi Robina Town utk jamu mata tengok barang

Hehe

But, my parents cam dah letih sangat pulak. So amik keputusan nak terus check in hotel jer

Before pegi lagi memang dah buat booking nak stay kat Islander Resort Hotel, Surfers Paradise

Sebabnya? Hotel nie memang dekat giler ngan kedai2 and dalam 200 meter jek dari Hard Rock Cafe :D

My parents memang tanak ikut kitaorg pegi theme park the next day, sebab tu pilih hotel dekat ngan kedai where they can jalan jalan masa kitaorg takde

We all amik 1 hotel and 1 apartment. Tak beli thru Agoda sebab kitaorg request jenis2 katil and bila direct bolehlah mintak utk dok dekat2 kan? So dapatlah bilik hotel and apartment sebelah2 jek


Ini rupa Islander Hotel dari depan  main road


Kat tepi signboard Vegas tuh ada jalan kecik utk keta masuk ke basement parking and also ke lobby hotel. Eh, fenin sat ngan gambar nie. Daku pi Gold Coast kah Las Vegas kah?


Jalan masuk ke bilik bilik


Ini ruang tamu untuk apartment, ada sofa + meja makan, tv and single bed. Yang jauh sikit tuh boleh nampak dapur


Gamba dapur dari jarak dekat - ada stove and oven, microwave, kettle, fridge tak nampak pulak. Memang pilih apartment sebab nak memasak


My hotel room, sesiap request 1 queen + 1 single. Another option 1 king. Malas ler yg tuh


Ini bilik utk apartment, ada 2 queen bed.


The toilet yang pintu takleh lock. Scary okeh! Haha. Utk hotel room ada satu sinki jek and with shower. But, apartment siap ada bath tub!

Masa sampai nak check in tuh, bilik lom siap. So kitaorg yg kelaparan nie sempat gi makan nasik beriani kedai sebelah lagi. Bebetol sebelah Islander Hotel ada Restoran Maharani. Malaysian food yang terkenal gak ngan malaysian yg gi jenjalan ke sana. Tapi kami taklah makan pon sebab memasak snediri kat apartment.

Bila bilik dah ready, rehat kejap and sesiap nak pegi Superduck Tours. Nantikan kesinambungannya.....


Disclaimer: Gambar nie mostly amik dari Colmar, Forum Cari sebab lupa nak snap gambar bilik. Huhu

Sunday, May 13, 2012

Jalan jalan ke Currumbin Wildlife Park

Better late than never kan orang kata

Hihi, alasan yang nampak agak munasabah apa ;P

Kitaorg sampai at Coolangata Airport around 7.30 am local time



Tung tang tung tang, kuar airport and amik rental car sumer lebih kurang pkl 9 lah gtu

Here is our rental car


Nissan Micra 1200cc lebih kurang cam Myvi lah. Lepas 3 hari sewa minyak tinggal half tank, bila pegi isi kena gak AUD30.00  Huwawawaa....seratus hinggit utk half tank? Fuhhhh

BTW, here is our first destination


kata pergi jalan jalan ke Australia kan? mestilah kena belai belai binatang kat bawah nie untuk mengcukupkan rukun syarat syarat sah melancong ke Australia. Hik Hik hik



Apa?? Tak nampak??? OK, kita besarkan sikit makhluk di atas



Tapi biasalah, after 8 hours dalam flight sure tak larat sangat nak jenjalan kan? Sebbaik ada tram (yang kami tawaf 2,3 kali sebab malas nak jalan punya pasal) Haha


Terpegun tengok sebab the tram guna arang batu tuh! Merasa naik keretapi lokomotif



Masa kitaorg pegi, awal bulan 4 adelah dah masuk autumn. Before pegi ada tengok weather forecast and quite kecewa sikitlah sebab 2 days predicted raining days. But Alhamdulillah, sepanjang 3 hari berjalan memang tak setitik pon hujan turun. Cuaca adelah sunny days with cold breeze wind. Macam lebih kurang suasana kat Cameron Highland. Memang seronok nak berjalan :D Mungkin berkat bawak ibu bapak berjalan2 kan.

So ini ade beberapa random pics yang kami amik kat Currumbin Park






Lepas tu kami terus ke Surfers Paradise, check in Islander Hotel dan petangnya kami naik Superduck Tours

So bersambung lagi di lain masa yang entah bila....Haha!

Thursday, April 12, 2012

Jalan - jalan ke Gold Coast, Australia!

okeh here is my wrap up


1. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Selama duk sana dari 7 - 10 April tak setitik pon hujan turun. Cuaca adelah sgt best! Warm sunny day with cool breeze. Ermmm....lebih kurang macam kat Cameronlah. Ada matahari but angin dia sejuk. Memang best nak berjalan2

2. Pasal food plak, beras lepas, garam gula lepas, serbuk kunyit lepas, cili giling cap puteri lepas, ikan bilis lepas, perencah2 maggi cam sup sayur, nasi goreng tuh sumer pon lepas. Infact dia tak check sangat, just point OK, OK, OK..done, enjoy ur holiday. Haha, kitaorg plak yg terpinga-pinga. Is that all? siap tanya custom tuh sbb chinese couple depan kitaorg siap kene korek kuar sumer barang and the custom siap baca satu2 ingredient lagik.

3. Groceries price wise, the figure adelah lebih kurang cam Malaysia. But instead RM, please put AUD kat depan ek T_T. Cthnya kitaorg beli sawi kat Woolsworth, seikat adelah AUD1. Cam Malaysia kan singgit seikat, tapi kat sana adelah one ozzie dollar.

Ayam and daging halal ade jual kat kedai depan ISlander. Kedai tuh between farmasi ngan saloon pub. Exactly tepi saloon pub rasanya, lupa nak jot down nama kedai. price wise, wing lam 4 ketul/ drumstick 3 ketul large size = AUD 5-6. Sekor ayam = AUD 25-30. Lamb = AUD 8 - 12. Beef sosej = AUD 6 -8.

Rega air plak, Nestea/ Coke = AUD 4. Air mineral yang kecik tuh AUD 3. Sesape bawak anak2, beli diapers sesiap kat Msia bebyk, kat sini 10 keping = AUD 18

Nasi beriani = AUD 14 - 20. Kebab lamb/beef = AUD 8, kalau amik pakej ngan air coke $11 kalau kebab ayam pakej $11.50 (ini rega kar Ali Kebab). Fish and chip = $10

Instant noodle cam Indomie/ Maggi ada byk dijual = $0.45 - 1.20. Owh adelah sungguh lazat makan maggi petang2 kat beranda hotel sambil tgk sunset. Haha

3. Sesape duk Islander, bilik air takleh lock yer! Tekujat daku terbukak pintu toilet ms my mom was there. sebbaik, dibuatnya bro in law T_T

4. Currumbin Park - OK, naik train die jek dari satu tempat ke satu tempat. Hehe, malas nak jalan punya pasal. Siap ade tempat pram parking lagik Tapi x lama sangat kat sini sbb sumer letih, iyerlah baru sampai terus singgah. Just buat perkara wajib amik gamba ngan kangaroo jek

5. Movieworld - sesape nak naik Superman Escape or Green Lantern, tayah beratur. Sampai2 jek pi amik tiket utk booked nak naik ride yg pukol berapa. Utk Hollywood Driver Stunt, utk dapatkan kesan efek yg best siler duduk berdepan ngan petrol station. Rick Cafe yang buffet tuh $25 utk adult, lupa berapa utk child and boleh bebas mkn dari 11.30 - 3.00 tatau apa pilihan lauk sbb tak masuk mkn situ.

6. berjaya rembat corelle ngan byknyer. haha! for easter sale, $89 for 2 set (1 set utk 4 org mkn ada 16 pieces) which is jatuh less than RM150 utk satu set. Mind u pada sesape yg kurang arif pasal pinggan mangkuk nie, satu set corelle kat rantau panjang/ langkawi adelah RM350-400 dan rega di parkson or JJ nearly RM600. If not, normal price $55-65 (depend pada bunga) dan yg bentuk square adelah $75 (baru rm240, online seller jual rm450, kalau supermarket dekat double)

7. perfume - kedai perfume kat dfo brisbane adelah lagik murah dari harbourtown. so better beli situ. set elizabeth arden green tea - perfume, lotion & body was $25 jer. set yg sama utk britney spears $30. tp kat surfers paradise tuh, ade satu kedai - priceline jual perfume murah. britney spears, mariah carrey butterfly and lots more for $30. malangnya saya tak sempat nk masuk beli sbb tutup awal. huwaaa, boleh ke nak kirim kat sesape?

8. pukol 6.30 pagi sana (or 4.30 pagi malaysia) dah terjaga sebab dah cerah cam pkl 9 pg kita.

9. jgn lupa bawak selipar, hehe. org2 kat sana pakai towel jek masuk beli barang lam kedai

10. eh saper mintak tolong tanyakan pasal North Face kat harbourtown tuh? bag price from $99 - 299. Baju yg me tgk lam $15-20, shoes = $99 (adelah sgt lawa! dah suruh my hubby beli tp dia bukan jenis outdoor). my hubby ngan BIL dok bizi beli canterbury kat harbourtown. sgt murah katanya. i tatau rega malaysia, adekah canterburry tshirt rega $20 murah? sbb dorang kata kalau kt mesia more than rm200 selai. saya berjaya membeli my first tommy hilfiger blouse. hehe, kalau kat pavilion kl asik telan ayaq lioq jek sbb rega mostly mencecah rm500, i grab kat sana for $69 jek. my hubby mmg selalu beli their cap, kat kl rega rm180, sana kitaorg beli $27 (rm87, murahkan?)

11. pagi sblom pegi movieworld, kitaorg sempat gi carrara market. nak kata worth pergi pon takle sgt sbb byk brg yg kita jumpa kat rantau panjang/ pasar malam kat mesia. iyerlah mostly barangan dari china, what do we expect but kalau nk membeli buahan/ sayuran/ seafood adelah heaven

12. sile beli anggur hijau! their white grapes adelah lagik sedap dari anggur merah. manis gler, juicy and kenyal serta besar2. mmg puas giler makan. sepanjang dok sana, my hubby sakan melantak grapes tuh. tetiap hari beli.

13. jangan lupa to try their milk. memang sedap! lain dari taste susu malaysia. i even tried the banana milk + honey. tp menyesal tak try yang iced coffee punya flavour
tataulah org lain, but what we do adelah kitaorg makan nasik sebelom bertolak nk gi memana. so kalau lapar masa lunch tuh, just mkn roti 2 keping lepas minum susu. memang kenyang sangat rasanya and tak leceh nak stop mkn kat memana

14. Patutnya night market tuh on wednesday and friday night ajerkan? tapi masa me pegi malam selasa tuh ade jek night marketnya. tataulah sbb school holiday so sbb ramai schoolies ker yg dorang bukak jugak.

Monday, April 2, 2012

i'm pissed off!

1) After a meeting, I'm circulating the meeting minutes. Lam the meeting tuh ada customer, supplier, our quality, development and production people too. pastu the GM reply back my email saying that we need consult production first before proposing any option to the customer. WTF!! Ko tak baca ker lam minutes meeting tuh sah2 ade 2 orang production sama! Apa kijadahnya nak consulted dorang lagik if they WERE in the meeting. Apa, ingat aku panggil tuh soh depa jadik tunggul kayu ajerkah??

2) Yang ini memang bebetul buat aku baran! I was doing a web check in for my Gold Coast holiday this weekend. Seperti biasa, utk cheapskate cam aku ni - I amik yang paling basic yer. So aku takdelah nak booking seat apa jadah nie sebab selalu naik Air Asia nie pon, bila kita purchased tickets and ada childs with us, memanglah dorang letak setempat.

Yang aku nak marah sangat2, tahu tak kenapa? Masa pegi okeh, they put all of us together at the same row.

Yang masa nak balik, boleh tak they all campak my 6 y.o son kat seat no 8 row belah kanan, pastu my 3 y.o. daughter kat seat no 8 row belah kiri and aku laki bini tercampak kat row tengah seat no 24!!!!!

Eh ko buat lahanat apa nie? Gilerkah nak soh budak 6 tahun dok sorang sebelah sana, and 3 tahun sorang2 sebelah satu lagi...ngan aku punya seat adelah 20 baris ke belakang.

Nak tepon customer service, harammmmmm dorang dah tutop. Kunon nak kurangkan kos. Tahik betollah (kan dah kuar bahasa baik.

Last resort, kena kuarkan duit and beli seat! Seriously Air Asia, if you are doing this to generate more money......this is not funny! Haram jadah betui!!!